Saturday, August 15, 2009

H1N1


Selamat Datang ke
Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1)
Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 15 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : 3
Jumlah Kematian : 59

Diberitahu sehingga 15 Ogos 2009 jam 9.00 pagi terdapat seramai 120 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 29 lagi dirawat di ICU. Daripada 29 kes yang sedang menerima di Unit Rawatan Rapi, di dapati 16 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan. Semua kematian mempunyai faktor risiko, iaitu obes (1) dan valvular heart disease (1) dan asma (1).



Situasi Global

Sehingga 11 Ogos 2009, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.




























Friday, August 14, 2009

MERAWAT ANAK DEMAM


APABILA anak demam, ibu bapa disaran segera membawa anak berjumpa doktor terutama jika mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk merawatnya.

Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius.

Tip penting semasa merawat anak demam:

lMencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

lCegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

lJika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

lPastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

lBeri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

lWalaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

lIbu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

lBerbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

lAnak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

lAsyik tidur dan sukar dikejutkan.

lSering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
H1N1 ancaman kepada ibu hamil
Merawat anak demam
Kenali postur badan anda
Mengurangkan tekanan diri
Pentingnya penghidratan semula bagi atlet
Hidup tanpa ubat
Pelbagai alternatif
Nasi sudah menjadi bubur - Xauier & Yuen Kim
Penting memberus gigi dengan betul
Kepatahan tulang pada kanak-kanak

kereta


Ini baru betul Sport!

Biarpun harganya agak mahal, namun kereta yang dicipta dengan DNA Suzuki Motorsport ini dikhaskan kepada mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza.


BEBERAPA bulan lalu, seorang teman saya bertanya kereta apa yang harus dia beli selepas menjual Myvi miliknya. Kereta itu mestilah tidak terlalu besar, berkuasa dan yang pentingnya berharga di bawah RM100,000.

Saya mencadangkan Nissan March Impul, Integra DC5, EP3 (Civic Type R generasi ke-7) Mitsubishi Colt yang semuanya versi terpakai. Mengambil kira model yang mempunyai karakteristik seperti yang dikehendaki oleh teman saya tadi, satu-satunya kereta baru yang ada di pasaran mungkin Suzuki Swift.

Namun saya tidak fikir dia meminati kereta yang dicadangkan kerana jentera itu kurang berkuasa berbanding dengan senarai awal yang saya beri. Sehinggalah kami bertemu tidak lama selepas itu di sebuah restoran mamak.

Memandu uji

"Cukup-cukup bajet jer... Baii," katanya sambil menunjukkan Suzuki Swift Sport (Swift Sport) yang baru dibelinya.

Kereta Swift Sport ini mungkin berada dalam senarai underrated bagi piawaian kereta kompak di Malaysia. Benar, model Swift 1.5 pemasangan tempatan (CKD) mungkin jauh lebih dominan.

Swift 1.5 yang diubahsuai kepada kit badan Swift Sport juga jauh lebih banyak daripada versi asal Swift Sport. Faktor harga mungkin menjadi penghalang. Meskipun pada hakikatnya, tiada kereta dalam spesifikasi serupa dalam kategorinya.

Program Adventure Hunt ke Tasik Kenyir, Terengganu anjuran DRB-Hicom baru-baru ini memberi peluang kepada wakil media memandu pelbagai jenama kereta di bawah subsidiari DRB-Hicom. Salah satunya adalah Swift Sport varian automatik.

Melalui jalan kampung yang bergelombang dan bertampal-tampal, ia bukanlah sesuatu yang anda harapkan ketika memandu kereta kompak ini. Mujurlah, saya hanya membawa seorang penumpang di sebelah.

Suspensi kereta ini ditala jauh lebih keras daripada versi jentera Swift yang biasa . Nampaknya ia begitu tipikal dengan kereta-kereta talaan untuk prestasi yang tahap pengendaliannya menjadi perkara pokok, selaras dengan kuasa enjin.

Ia seperti membandingkan Mini Cooper One dan Mini Cooper S. Model S atau Civic 2.0 dengan Civic Type R yang jauh lebih rigid dan membenarkan enjin dikerah ke tahap maksimum. Keadaan jalan raya yang bengkang-bengkok menjadi kegemaran bagi sesiapa sahaja yang memandu kereta ini. Tekan sahaja pedal minyaknya, gear automatik turun dengan pantas tanpa dipaksa.


TEMPAT duduk jenis bucket memberi sokongan terbaik buat pemandu dan penumpangnya.


Secara fizikalnya, badan Swift Sport ini berukuran 5mm lebih panjang berbanding Swift 1.5. Namun, ia mudah dikawal. Sterengnya juga mudah dijangka dan titik lurusnya berada tepat sebagaimana yang anda kehendaki.

Panduan putarannya kemas dan breknya cemerlang. Malah, saya cuba memasuki selekoh dengan cuba membrek lewat dan mengharapkan brek enjin untuk membantu.

Secara teorinya, adalah keterlaluan meletakkan harapan tinggi pada gear tiga bagi transmisi automatik untuk membrek kemas berbanding dengan versi manual. Tetapi ia mengagumkan. Tahap 'gigitannya' boleh dijangka. Enjin tidak mengaum tinggi, walaupun jarak penukaran gear terlalu pendek.

Pada kelajuan 120km/j - 140km/j di jalan-jalan kampung, keselesaan menjadi perkara terakhir yang boleh anda harapkan daripada kereta ini.

Prestasi enjinnya memang memuaskan, terutama apabila mengambil kira bahawa kereta ini seberat 1,090 kilogram. Di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), pada putaran 5,200 rpm pada gear akhir, enjin masih memiliki kuasa mendaki yang menakjubkan.

Saya percaya, enjin M16A ini adalah yang terbaik pernah dicipta Suzuki dengan pengalaman luas mereka dalam Junior WRC (World Rally Championship). Dengan kuasa 125ps pada 6,800 rpm dan tork puncaknya pada 148 Nm @ 4,800 rpm, ia memang sebuah enjin dinamik pada sebuah kerangka yang bagus. Susunan gear versi automatiknya jauh lebih baik daripada sesetengah kereta manual hari ini.

Enjin-enjin Suzuki dalam rangkaian model prestasi memang terkenal dengan keupayaan putaran enjin tinggi (high revving). Terima kasih pada pembangunan enjin M16A yang terdiri daripada omboh tempa, aci sesondol dengan bukaan tinggi, pegas injap yang diperkuatkan dan tidak dilupakan sistem VVT itu sendiri.

Lazimnya, enjin Normal Aspirated (N/A) tidak akan dibina sebegini tanpa sebab yang kukuh kerana kosnya bukanlah murah. Enjin ini juga mengingatkan saya ketika memandu Swift Cultus Gti (G13B tahun 1991) atau bahasa pasarnya 'vtec 1.3'.

Uji kelajuan maksimum

Perjalanan di LPT sedikit terganggu dengan hujan lebat yang turun di persimpangan Gambang, Pahang. Sebaik hujan berhenti, saya terus memecut untuk menguji kelajuan maksimum yang mampu dicatat.

Teman di sebelah hampir tidak percaya apabila jarum meter sedang mencium angka 200km/j sambil dia memegang brosur Suzuki. Dalam katalog, kelajuan maksimum yang dicatat ialah 170km/j.


STERENG kereta ini mudah dijangka. Kedudukan butang dan suis pada papan pemuka juga menitikberatkan aspek ergonomik.


Sebaik melepasi persimpangan Gambang, jalan semakin sibuk dan mustahil untuk memecut pada kelajuan itu. Ketika sedang asyik memandu, tiba-tiba kami terdengar satu letupan yang agak mengejutkan.

Bunyi seakan-akan sebutir skru terkena badan kereta. Beberapa saat selepas itu, kereta mula bergegar dan kami bernasib baik kerana hentian rehat Maran hanya beberapa ratus meter di hadapan.

Tayar belakang pancit sepenuhnya. Inilah perkara terakhir yang anda harapkan berlaku pada model Sport. Kereta ini tidak didatangkan dengan tayar ganti. Ia sama seperti model-model Sport moden seperti Volvo C30, Mini Cooper S dan sesetengah model up line BMW.

Banyak sebab yang membuatkan pengeluar mengambil keputusan untuk melupakan tayar ganti. Selain mengurangkan beban berat (purata tayar ganti ialah 28kg), ia juga membolehkan pelbagai aksesori lain yang lebih berfaedah dimuatkan.

Dalam sesetengah kes, memang tiada ruang untuk tayar ganti, khususnya pada kereta kecil. Ruang asalnya telah diambil alih oleh sistem sambungan suspensi dan kerangka untuk mengoptimumkan pengendalian.

Sebagai ganti, kereta-kereta tanpa tayar ganti ini (seperti Cooper S), dipasangkan dengan tayar run flat. Ia membolehkan kenderaan dipandu sejauh 290km untuk sampai ke bengkel berhampiran.

Memandangkan kos tayar run flat lebih mahal, sesetengah kereta tanpa tayar ganti seperti Swift Sport ini didatangkan dengan kit pembaikan. Malah saya juga mendapat maklumat bahawa Proton Exora juga pernah dicadangkan untuk dipasangkan teknologi sebegini. Namun ia tidak sampai ke meja kelulusan.

Tiada tayar ganti

Menjadikan perjalanan kami lebih menarik pada hari itu ialah repair kit yang sepatutnya terletak dalam but tiada di tempatnya. Yang tinggal hanyalah jek dan spanar pembuka tayar.

Melihat kepada hub roda, kami bercadang untuk meminjam tayar daripada kereta konvoi lain kerana kereta ini dipasangkan dengan hub lima lubang. Secara logiknya, ia mungkin bersaiz 114.3mm X 5 yang kebanyakan tayar ganti dari kereta konvoi kami adalah sama.


BADAN Suzuki Swift Sport berukuran 5mm lebih panjang berbanding dengan Swift 1.5.


Mungkin offset tidak sama, tapi lebih baik mencuba bukan? Namun, walkie talkie yang dibekalkan gagal dijawab oleh sesiapa yang berada dalam radius berhampiran. Seterusnya, kami berhubung dengan pasukan teknikal (yang sebenarnya sudah tiba di Kuala Lumpur!)

Daripada maklumat yang diterima, krew teknikal tersebut tidak menjangka untuk membawa tayar ganti. Mereka terpaksa mengambilnya di Kuala Lumpur dan berpatah semula ke Maran.

Ini bermakna, kami terpaksa menunggu tiga hingga empat jam lagi. Mujurlah pasukan sokongan kedua berada tidak jauh di hadapan. Dengan Triton yang sarat dengan muatan, mereka berpatah balik, meninggalkan seorang krew untuk menjaga kereta Swift tersebut dan terus membawa kami pulang ke ibu kota.


TIADA ruang untuk meletak tayar ganti. Satu ciri tipikal buat sebuah jentera sport.


Berbalik kepada pengalaman memandu kereta ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya berbaloikah kalau kereta ini dibeli? Berharga RM103,000 (varian automatik) dan RM97,000 untuk manual, ternyata ia bukanlah satu pelaburan murah untuk sebuah kereta yang boleh dikatakan paling kecil dalam kategorinya.

Namun, kereta yang dicipta dengan DNA Suzuki Motorsport ini dikhaskan kepada mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza. Keseronokan memandunya memang tidak terbatas.

Joran


POK MUD'S MENJAWAB

POK MUD'S MENJAWAB Tangsi boleh anjal sehingga 25 peratus
SOAL: Saya berminat menggunakan tali tangsi berbanding tali sulam. Boleh jelaskan kebaikan dan ciri-ciri yang terdapat pada tali tangsi berbanding tali sulam dan juga proses pembuatannya.
silakomen

POK MUD'S MENJAWAB Teknik pancing di lubuk berbatu
Jika memancing di kawasan tebing berbatu, boleh terangkan teknik yang sesuai untuk menghindari masalah sangkut?
silakomen

POK MUD'S MENJAWAB Dua punca cincin roda haus
SOAL:
1. Saya baru saja menukar cincin roda joran kerana ia haus. Apakah punca ia haus?
2. Bolehkah kita menyambung tali sulam dengan tangsi perambut menggunakan swivel?
silakomen

POK MUD'S MENJAWAB Perambut kejutan serap beban
SOAL: Saya hendak mengetahui mengenai apa itu perambut kejutan dan kegunaannya.
silakomen


  • GP Joran Port Dickson tetap meriah
    PORT DICKSON: Walaupun negara sedang dilanda wabak H1N1, namun penganjuran Karnival GP Joran 2009 di pantai masih mendapat sambutan orang ramai, terutama pemancing tegar dan pengikut setianya.

  • Acara sampingan dibatalkan elak H1N1
    KUALA LUMPUR: Jangkitan wabak selesema H1N1 yang semakin serius mendorong Kerajaan Negeri Pahang membuat keputusan supaya semua acara samping di kawasan Jeti Kampung Pantai Bernas sempena Royal ...

  • Empat tahun tunggu untuk jadi juara
    PORT DICKSON: Kata orang penantian itu satu penyiksaan. Namun, bagi Rosli Abdul Hamid dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur ia bagaikan satu rahmat selepas dinobatkan sebagai juara Kategori Laut pada ...

  • Peluang Grand Slam pantai masih terbuka
    PORT DICKSON: Lima minit sebelum tamat pertandingan adalah masa kritikal bagi Mohd Muanis Saat dari Kuantan, Pahang, kerana ketika itulah jorannya diragut ikan dan kegagalan melayannya bakal ...

    • Ayat Qursi, solat elak gangguan syaitan
      KITA selalu lupa, di laut adalah kawasan paling banyak dugaan bukan saja sentiasa berdepan ribut dan gelombang besar kadang-kadang gangguan makhluk halus yang sudah berumah tangga di laut. Kita haus menerima hakikat ini sama ada mahu atau pun tidak, kerana laut selalunya menjadi buangan hantu syaitan kerana itu kawasan laut paling ditakuti untuk melanggar pantang dari keluarga pelaut kerana kesan daripada kisah yang diganggu makhluk halus di laut terlalu banyak berlaku.

  • Menanda pokok di laluan masuk elak sesat
    KUMPULAN pemancing ke tasik atau lombong tinggal dalam hutan tebal sering mengalami peristiwa sesat jalan ketika mahu pulang. Ia berlaku kadang kala beberapa jam sehingga satu hari satu malam. Namun daripada pengalaman seorang bekas tentera yang sangat arif di hutan ketika berkhidmat puluhan tahun dulu, ia boleh diguna pakai sebagai satu panduan atau petua.

  • Petua mudah masak gulai belitung
    KALI ini, penulis mengemukakan petua yang agak istimewa iaitu bagaimana hendak menghidangkan lauk ikan belitung. Semoga dengan petua ini, makan belitung akan mengisi senarai makanan istimewa tempatan. Spesies ini dianggap antara ikan paling laju berenang di permukaan air laut.

  • Awan hitam amaran ribut akan melanda
    KITA menyedari bahawa memancing sama ada di laut mahupun di sungai dan tasik adalah hobi yang masing-masing yang kadang kala berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan sama ada dalam perjalanan mahupun ketika berada di lokasi.

  • Kenali kawasan sekeliling di lokasi baru
    SEBAIK tiba di lokasi memancing yang belum pernah diteroka sebelum ini atau dalam erti kata lain anda baru pertama kali turun memancing di kawasan itu maka kumpulan anda dinasihatkan supaya tidak terburu-buru mahu terus melakukan aktiviti memancing.


    Sunday, August 9, 2009

    Kesihatan


    Adakah anda antara yang cepat letih dan mengantuk walaupun anda sudah tidur lapan jam? Mengapa ini berlaku? Hal ini mungkin disebabkan badan anda dipenuhi toksin. Ramai yang tidak dapat mengenal pasti kenapa badan seseorang itu terlalu letih atau penat.

    ORANG ramai digalakkan memakan sayur-sayuran segar untuk menjamin kesihatan secara semula jadi.


    Ia menyebabkan fizikal dan mental lemah untuk melakukan aktiviti harian.

    Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat, itulah ungkapan yang sering kita dengar.

    Mungkin ada kebenarannya. Sebagai individu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup.

    Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Kesihatan, Datuk Dr. Sidiq Mohamed, mencegah lebih daripada merawat sesuatu penyakit. Aspek menjaga pemakanan amat penting kerana ia merupakan punca kandungan angin dan toksin dalam badan.

    Hakikatnya, kita memang terdedah kepada toksin tanpa disedari melalui kehadiran bahan kimia dalam makanan dan minuman serta bahan pencemar dalam udara. Di samping itu, tekanan kerja juga boleh menambahkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.

    Pengumpulan toksin yang berlebihan memberikan tekanan kepada organ kita dan memaksanya bekerja lebih keras. Kejadian ini bukan saja akan melupuskannya nutrien penting, malahan ia akan menghakis tenaga, lalu melemahkan sistem imun kita terhadap jangkitan penyakit.

    Berikutan itu, seseorang akan sentiasa menghadapi masalah hidung berair, demam, peluh berbau, sukar membuang air kecil, mengantuk, sakit badan dan sukar bernafas. Wanita pula lazimnya mengalami kitaran haid tidak tetap atau kesakitan ketika datang haid. Semua ini disebabkan toksin dalam badan yang tidak dapat disingkirkan.

    Beliau memberitahu, keadaan ini berpunca daripada kawalan pemakanan yang tidak tepat. Jika seseorang mengubah tabiat pemakanan sebaik menyedari tanda-tanda

    jangkitan penyakit pada peringkat pertama lagi, mereka sebenarnya boleh mengelak daripada dijangkiti penyakit terbabit.

    Datuk Dr. Sidiq mencadangkan agar setiap individu memperbanyakkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Selain memberi tenaga, makanan tersebut menggalakkan sistem perkumuhan di dalam badan berjalan lancar.

    Mungkin ini berbeza dengan cara hidup mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan. Cara semula jadi menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan yang sihat.

    Proses nyahtoksin secara semula jadi ini amat penting untuk memastikan badan, terutama sistem perkumuhan dapat berfungsi dengan optimum. Bukan saja penyerapan nutrien akan menjadi lebih efektif dan proses pencernaan menjadi lebih baik, malahan kita akan mendapati bahawa badan kita akan berasa lebih cergas dan bertenaga.

    Selain itu, ramai yang tidak menyedari kebaikan makanan semula jadi seperti kelapa dara atau muda.

    Tidak seperti lain-lain minyak sayur yang akan menjadi toksik dengan cepat apabila dipanaskan (terutama jika digunakan berkali-kali), minyak kelapa dara berbeza kerana sifatnya tidak berubah walaupun dikenakan suhu tinggi.

    Justeru, ia minyak paling selamat digunakan untuk menggoreng. Ini kerana walaupun dipanaskan, minyak kelapa dara masih mempunyai sifat antioksidan.

    "Ia harus digunakan seperti minyak lain, sama ada dalam masakan atau tujuan kecantikan, bukan dimakan begitu saja.

    "Di dalam badan, minyak kelapa dara tidak ditukarkan kepada lemak (seperti semua minyak sayur lain), sebaliknya terus sampai ke hati untuk diguna sebagai tenaga. Penggunaan minyak kelapa dara boleh mengurangkan kesan tindakan radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan," katanya.

    Bagaimana kita tahu kandungan toksin di dalam darah? Menurut Datuk Dr. Sidiq pemeriksaan darah untuk memastikan apa yang terkandung di dalam darah perlu dilakukan.

    Menerusi pemeriksaan darah Live Blood Cell Analysis dan Dried Blood Oxidation Test, seseorang boleh mengenal pasti tahap kesihatan mereka secara terperinci.
    unya seseorang pesakit berjumpa doktor hanya apabila sakit untuk mendapatkan ubat. Ia tidak salah tetapi pesakit perlu diberi saranan tentang langkah pemakanan atau gaya hidup agar ia selalu sihat dan untuk mengelakkan daripada penyakit kronik yang merbahaya seperti kanser," jelasnya.

    Misalnya, untuk mereka yang mengalami sakit darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan serangan jantung, magnesium adalah bahan galian amat diperlukan untuk memulihkannya. Ini ialah kerana kekurangan magnesium dalam badan adalah satu satu faktor penyebab timbulnya penyakit tersebut. Banyak kajian telah menunjukkan yang lebih 80 peratus manusia kekurangan magnesium terutama dalam sel-sel organ mereka

    Mereka yang mengalami penyakit- penyakit itu juga disaran untuk melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi banyak garam galian seperti magnesium, mangan dan zink yang sangat penting . Ini juga mustahak untuk seseorang mengelak daripada menghidapi penyakit tersebut.

    "Magnesium daripada buah-buahan dan sayuran mempunyai penyerapan yang lebih baik daripada pil," jelasnya.

    Magnesium ini pernah disebut sebagai The Missing Link in Health. Sebagai vitamin tambahan magnesium boleh diambil dalam bentuk magnesium klorida atau dipanggil magnesium oil. Inilah yang paling disyorkan kerana ia juga akan menguatkan sistem imun atau daya tahanan badan. Kalau ditambah dengan vitamin C dan zink, mingkin boleh mengelak kita daripada serangan wabak selsema H1N1 yang merebak sekarang.

    Selain itu, di kedai farmasi banyak terdapat pil magnesium oksida.

    "Ia boleh diambil 800 miligram sehari tetapi 10 peratus sahaja magnesium jenis ini akan meresap masuk ke dalam badan kita dan 90 peratus keluar ikut najis. Untuk pengetahuan, memakan magnesium secara berlebihan tidak membahayakan kerana yang lebih itu akan keluar mengikut najis," katanya.

    Ungkapan 'anda adalah apa yang dimakan'' jelas menggambarkan kepentingan makanan dalam hidup manusia. Nikmat menjamah makanan bukan sekadar memenuhi keperluan mengisi perut kosong, sebaliknya bahan yang dicerna menjadi penentu tahap kesihatan individu.

    Berikanlah peluang untuk tubuh kita menerima makanan sepatutnya. Anda akan dapat merasai kesannya pada waktu singkat. Memang, perubahan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tapi cubalah berubah peringkat demi peringkat demi kesihatan yang baik dan hidup berkualiti.

    TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
    Hidup tanpa ubat
    Pelbagai alternatif
    Nasi sudah menjadi bubur - Xauier & Yuen Kim
    Penting memberus gigi dengan betul
    Kepatahan tulang pada kanak-kanak
    Rahsia kecemerlangan atlet
    Melegakan Kesakitan Artritis Rheumatoid
    Keperluan darah untuk Ramadan
    Modifikasi tubuh secara semula jadi
    Pecah lemak selepas bersalin

    PAPADOM


    KOTA KINABALU 8 Ogos - Filem Papadom arahan Afdlin Shauki yang akan ditayangkan pada 8 Oktober ini diumumkan Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 22 (FFM22) di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini malam ini.

    Kemenangan Papadom itu melayakkan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan hadiah RM100,000 berupa kemudahan penerbitan perfileman.

    Selain anugerah utama itu, Papadom turut merangkul empat anugerah lain iaitu Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik yang masing-masing menjadi milik Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay, Cerita Asal Terbaik (Afdlin Shauki) dan Skor Muzik Terbaik.

    Afdlin juga turut menambah kemenangan peribadinya apabila sebuah lagi filem arahannya Los Dan Faun mengungguli Filem Komedi Terbaik yang membolehkannya membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi.

    Ini menunjukkan Afdlin Shauki memperoleh kemenangan berganda dalam FFM22

    KOLEJ


    Sultan Sharafuddin (tengah) memperkatakan sesuatu kepada Noorhalizam (tiga dari kiri) sambil di perhatikan Oleh Abdullah di UPM, Serdang semalam.


    KUALA LUMPUR - Anak kepada seorang pesara kerajaan, Noorhalizam Mohamad Noor, 24, menyifatkan dua anugerah yang diterimanya pada majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam sebagai hadiah tidak ternilai untuk keluarga.

    Dia yang menerima Pingat Emas Canselor dan Pingat Emas Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Rashdan Baba berkata, semua itu diperoleh hasil usaha gigih mengawal diri terutama dalam aspek masa.

    "Saya mengamalkan tiga perkara untuk mencapai kejayaan iaitu pengurusan masa yang berkualiti, mengawal kewangan diri secara efektif dan mewujudkan hubungan yang baik dengan semua orang.

    "Bagaimanapun kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa sumbangan banyak pihak terutama keluarga, para pensyarah dan rakan-rakan," katanya ketika ditemui pada majlis Konvokesyen Ke-33 UPM semalam.

    Sultan Sharafuddin (tengah) memperkatakan sesuatu kepada Noorhalizam (tiga dari kiri) sambil di perhatikan Oleh Abdullah di UPM, Serdang semalam.


    KUALA LUMPUR - Anak kepada seorang pesara kerajaan, Noorhalizam Mohamad Noor, 24, menyifatkan dua anugerah yang diterimanya pada majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam sebagai hadiah tidak ternilai untuk keluarga.

    Dia yang menerima Pingat Emas Canselor dan Pingat Emas Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Rashdan Baba berkata, semua itu diperoleh hasil usaha gigih mengawal diri terutama dalam aspek masa.

    "Saya mengamalkan tiga perkara untuk mencapai kejayaan iaitu pengurusan masa yang berkualiti, mengawal kewangan diri secara efektif dan mewujudkan hubungan yang baik dengan semua orang.

    "Bagaimanapun kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa sumbangan banyak pihak terutama keluarga, para pensyarah dan rakan-rakan," katanya ketika ditemui pada majlis Konvokesyen Ke-33 UPM semalam.

    Sultan Sharafuddin (tengah) memperkatakan sesuatu kepada Noorhalizam (tiga dari kiri) sambil di perhatikan Oleh Abdullah di UPM, Serdang semalam.


    KUALA LUMPUR - Anak kepada seorang pesara kerajaan, Noorhalizam Mohamad Noor, 24, menyifatkan dua anugerah yang diterimanya pada majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam sebagai hadiah tidak ternilai untuk keluarga.

    Dia yang menerima Pingat Emas Canselor dan Pingat Emas Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Rashdan Baba berkata, semua itu diperoleh hasil usaha gigih mengawal diri terutama dalam aspek masa.

    "Saya mengamalkan tiga perkara untuk mencapai kejayaan iaitu pengurusan masa yang berkualiti, mengawal kewangan diri secara efektif dan mewujudkan hubungan yang baik dengan semua orang.

    "Bagaimanapun kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa sumbangan banyak pihak terutama keluarga, para pensyarah dan rakan-rakan," katanya ketika ditemui pada majlis Konvokesyen Ke-33 UPM semalam.